" Siapa yang mempunyai 3 orang anak perempuan dan dia menjaga mereka dengan baik, memenuhi semua keperluan mereka dan menyayangi mereka, nescaya syurgalah balasan baginya. "
Antara didikan itu termasuklah berkenaan pahala seorang isteri yang kematian suami, namun dia tidak berminat hendak berkahwin lagi kerana mahu mencurahkan waktu dan tenaganya bagi membesarkan anak-anak. Antara tujuan ditulis persoalan ini adalah bagi memberikan dorongan kepada wanita-wanita yang berada dalam kategori ini.
Auf bin Malik melaporkan, nabi berkata, " Saya dan wanita yang kedua-dua belah pipinya kehitaman kerana tidak dijaga, berada bersama-sama di dalam syurga seperti ini. Nabi berkata begitu sambil merapatkan dua jari beliau iaitu jari telunjuk dan jari tengah. Wanita yang nabi maksudkan adalah wanita saf' aaul khaddaini iaitu janda yang kematian suami dan eggan berkahwin lagi. Sebaliknya dia mahu mencurahkan semua tenaga dan perhatiannya bagi membesarkan anak-anaknya." Hadis laporan Bukhari dan Ahmad.
Seperkara lagi yang dibincangkan dalam didikan tersebut adalah kesetiaan pada suami selepas kematiannya yang dikira sebahagian daripada iman.
Nabi berkata " Husnul 'ahdi adalah sebahagian daripada iman."
Abu Ubaid berkata, "Maksud husnul 'ahdi dalam hadis itu adalah menjaga dan memelihara kehormatan." Ar- Raghib pula berkata, "Maksudnya adalah menjaga dan memelihara sesuatu secara berterusan."
Seperti yang dijelaskan oleh Abu Ubaid, husnul 'ahdi adalah menjaga dan memelihara kehormatan. Ia juga membawa maksud membalas sesuatu kebaikan ataupun memelihara dan menjaga kehormatan orang yang bertanggungjawab ke atas diri kita. Dalam hal ini, orang itu adalah suami yang bertanggungjawab ke atas isteri. Jadi, isteri membalas kebaikan suami selama dia hidup bersamanya. Isteri berterima kasih kepada suaminya dan tetap setia kepadanya walaupun suaminya sudah meninggal dunia. Itulah maksud husnul 'ahdi dalam hadis di atas. Sikap itu, menurut hadis di atas adalah sebahagian daripada iman.
Pada seorang muslimah, kesetiaannya kepada suami membawa pengaruh yang mendalam kepada dirinya berbanding kesetiaannya kepada ibu bapanya. Ini kerana seorang muslimah lebih mendahulukan kepentingan suami berbanding ahli keluarganya yang lain. Seorang muslimah selalu menyebut kelebihan dan kebaikan suaminya apabila ada kesempatan baginya berbuat demikian. Malah apabila dia sudah berkahwin dengan orang lain, tanpa rasa malu dan segan, dia menyebutkan kebaikan suami pertamanya sekiranya memang suaminya itu berhak menerima penghargaan dan pujian.
Keengganan seorang janda berkahwin semula sebenarnya tidak sesuai dengan dasar agama Islam kerana Allah berkata, "Kahwinkanlah orang-orang yang bersendirian antara kamu." Surah an-Nur, ayat 32.
Jabir melaporkan daripada Ummu Mubasysyir al-Anshariyyah, "Nabi Muhammad pernah melamar Ummur Mubasyisyir, namun Ummu Mubasyisyir berkata kepada beliau, "Saya berjanji kepada suami yang saya tidak akan menikah lagi." Nabi berkata, "Sesungguhnya janji seperti itu tidak baik."
Hadis laporan at-Thabrani.
Walaupun seorang janda memiliki kebebasan bagi berkahwin lagi, namun ramai juga yang enggan kerana mereka tidak dapat melupakan suami mereka dan mereka tidak mahu menggantikan kedudukan suami dengan lelaki lain.
Sekadar berkongsi bacaan... segala2nya ku serahkan kepadaMU kerna KAU sahaja yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diriku...kehidupanku...pengakhiranku


salam ukhuwah..
ReplyDeletethanx 4 sharing
ReplyDelete