Salam Jumaat !!!
Mudah2an kita dimurahkan rezeki pd Jumaat yang penuh barokah ni...
Insya Allah...
Antara sebab mengapa REZEKI susah nak masuk :
1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian.
2. Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini...
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat / kemungkaran
7. Tidak / kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur / banyak mengeluh
Nota : Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang tapi kebahagiaan, peluangmenyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh ....
Sumber : Ustaz Don
Selalu memesan pada diri sendiri agar sentiasa merasa cukup dengan yang sedikit dan bersyukur apabila mendapat nikmat yang banyak
RESEPI RENDANG AYAM
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam - dipotong sederhana
2 biji bawang besar *
1 inci lengkuas *
1 inci halia *
3 batang serai *
10 tangkai cili kering *
(sy guna 5 sudu besar cili giling...)
# bahan * dikisar....
1 sudu besar gula merah / gula melaka
1 sudu besar kunyit serbuk
(sy guna sikit kunyit hidup...)
3 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit - dimayang halus
( sy guna beberapa helai daun limau purut...)
1 kotak santan 200ml
2 keping asam keping
garam
CARA MEMBUAT :
1. Tumis bahan mesinsampai pecah minyak dan garing sedikit...
2. Masukkan ayam, gula melaka dan serbuk kunyit. Masak sampai ayam agak empuk.
3. Masukkan santan dan asam keping. Masak sebentar dengan api perlahan.
4. Masukkan daun kunyit dan kerisik. Masak sampai kuah agak pekat.
5. Perasakan garam. Siap n boleh dihidangkan bersama nasi impit, pulut kuning or lemang....
Thanx pd empunyer resepi...

rendang ayam memg sedap,,, dan sedap lagi kalau makan dengan begedil daging...kalau nak cuba begedil daging saya , pm la saya yer....
ReplyDeletenampak sedap rendang ayam tuh..nanti nak cuba la resepi ni..TQ ye for the resepi
ReplyDelete