Daisypath Anniversary tickers 2

Daisypath Anniversary tickers

PENCINTA MAKANAN

Friday, October 26, 2012

Malam Aidiladha Menggamit Rindu...KEK COKLAT MOIST VERSI KUKUS JM's RECIPE

Salam Aidiladha...

Rasa rindu pada kampung halaman buah hati pengarang jantung...
Seandainya dia masih ada...mungkin tika ini anak2 tak sbar2
nak bangun pagi...ikut abahnya pergi tengok orang sembelih lembu.
Mesti tak miss dengan  kameranya snap aksi2 menarik time
orang tengah melapah daging korban !

Aduss...rindu sangat pd kenangan2 indah...
Mesti orang tak percaya di bulan2 akhir bersama dengannya...
ada beberaapa perkara yang pelik2 aku buat...haha...
Ntaahla...aku slalu curi2 pandang merenung, menatap wajahnya sepuas mungkin
n then cakap dalam hati bahagiaaaaanyer aku....
Dan yang paling ketara (macam aku tau jer nak pisah lama ngan arwah)
aku selalu pegang erat2 jaari jemarinya lalu aku bawa ke pipiku...dan ku kucup tangannyaa...
skali lagi aku hanya mampu berkata dalam hati
"abang mmg seorang suami yg sangatt baik...
ya allah syukur sangat aku dapat kawen ngan dia.."


Oklah ini antara menu malam raya korban yg dihidangkan pada
tetamu2 yang datang takbir kat rumah tadi...
ofcoz yang wajib ada kek coklat...first time menggunakan
resepi KEK COKLAT KUKUS dari @ FB Jom Masak...
ternyata sedap dan memenuhi selera...

RESEPI KEK COKLAT MOIST KUKUS JM
 

 BAHAN-Bahan :

2 cawan tepung gandum *
( sy guna tepung naik sendiri...so hanya tambahkan bikarbornat soda jer...)
1 sudu teh baking powder *
1 sudu teh bikarbornat soda *
( ayak bahan2 bertanda *...)

1 cawan serbuk koko van houten
1 cawan gula perang / merah lembut
1 cawan susu pekat
1 cawan air panas
1 cawan susu segar coklat @ susu cair @ susu tepung coklat
1 cawan minyak masak

 # Masak semua bahan (kecuali campuran tepung ) di atas api yang kecil hingga larut.

2 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila

1. Pukul telur dengan whisk hingga berbuih
(tak perlu guna mixer...).

2. Masukkan esen vanila. Masukkan bahan2 yang dimasak tadi dan kacau sebati. Masukkan tepung yang diayak sikit2... sambil kacau hingga larut.

3. Tuang adunan  ke dalam loyang 20cm yang telah digris n dialas dengan baking paper. Tutup loyang dengan aluminium foil @ apa saja utk elak air dari menitik.

4. Kukus sejam atau hingga masak dengan api sederhana. Tunggu sejuk sebelum dituang topping.

RESEPI GANACHE / TOPPING COKLAT

BAHAN-BAHAN :

100ml susu cair

300g coklat masakan - dicincang

2 sudu besar mentega / butter

1 sudu besar serbuk koko

CARA MEMBUAT :

Masak susu atas api slow hingga mendidih dan ketepikan. Tutup api , masukkan coklat masakan dan serbuk koko ...kacau hingga sebati. Masukkan butter ..kacau sebati...
Boleh dituangkan atas kek, sejukkan lebihan dalam peti ais untuk

Teksturnya lembut n moistt.....

>
>
>
Tuangkan coklat ganache...sblm nak tuangkan topping tu, silalah alas pinggan tu dengan kadbod supaya krim coklat tu tak mengotori pinggan. Bila dah selesai siram coklat...tarikla keluar kadbod tu pelan...antara tips deko yg dipelajari di JM !

>
>
>
Deko la ikut kreativiti...ini je la yg saya pandai...emmm ilmu tak cukup lagi...


2 comments:

  1. Saya pembaca senyap akak. Blog akak kadang kala menjadi rujukan masakan saya. Dan semangat akak menempuh hidup menjadikan saya mengagumi akak. Teruskan berblog kerana pembaca setia akak menunggu tulisanmu.

    ReplyDelete
  2. Saya pembaca senyap akak. Blog akak kadang kala menjadi rujukan masakan saya. Dan semangat akak menempuh hidup menjadikan saya mengagumi akak. Teruskan berblog kerana pembaca setia akak menunggu tulisanmu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...