Daisypath Anniversary tickers 2

Daisypath Anniversary tickers

PENCINTA MAKANAN

Tuesday, October 16, 2012

Kuih Talam Suji n Mee Goreng Hitam

Menghitung bulan sebenarnya....
Berdebar-debar ......dag dig dug....
Insya Allah mudah2an dipermudahkan...

Today's brekfes agak meriah sikit....
Selera makan n mood memasak seiring sejalan !!!
Pagi2 dah siapkan Kuih Talam Suji, Izzah teringin nak makan
Lepas tu terus goreng mi campak2, lunch nnti dah tak payah makan.

RESEPI KUIH TALAM SUJI
(Sumber resepi : via Dapur Tanpa Sempadan)


BAHAN-BAHAN LAPISAN BAWAH :

90 gram tepung sugee @ semolina *

225 ml air *
 ( * disatukan dan rendam 30 minit)

100 gram gula halus

1 biji telur

100 ml santan pekat
(saya guna 50 ml santan kotak  + 50 ml air )

125 ml air

beberapa titik pewarna kuning

1/2 camca teh esen vanila

BAHAN-BAHAN LAPISAN ATAS :

150 gram gula melaka *
( dipotong kecil)

25 gram gula pasir *

250 ml air *

1 helai daun pandan *
( * disatukan dan masak hingga gula larut, sejukkan )

75 gram tepung gandum

1 biji telur + 1 kuning telur

125 ml pati santan

secubit garam



CARA MEMBUAT :

1. Panaskan kukusan. Alas tin (saya guna loyang bulat 23cm) dengan plastik. Ketepikan.

UNTUK LAPISAN BAWAH :

1. Satukan semua bahan lapisan bawah kecuali sugee, kacau gula hingga larut dan tapis adunan tadi. 

2. Masukkan sugee, kacau rata dan tuang ke dalam periuk, masak atas api kecil sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi kental.

3. Tuang ke dalam loyang tadi, ratakan dan kukus 25 minit pada api sederhana, tutup permukaan loyang dengan aluminium foil semasa mengukus.

UNTUK LAPISAN ATAS :

1. Satukan semua bahan untuk lapisan atas, kacau rata dengan whiskhingga gula larut.

2. Tapis dan masukkan ke dalam periuk, masak dengan api kecil sambil dikacau tanpa henti sehingga bancuhan kelihatan sedikit pekat. Matikan api.

3. Berhati-hati tuang ke atas lapisan suji tadi ( gunakan kaedah menuang bancuhan ke dalam senduk yang diletak di atas lapisan suji, ini bertujuan mengelakkan lapisan bawah tercedera ), tutup loyang dengan aluminium foil.

4. Kukus 30 minit pada api sederhana atau sampai masak. Bila dah masak...sejukkan dulu sebelum dipotong...



RESEPI MEE GORENG HITAM


BAHAN-BAHAN : ( 4 - 5 orang)

1 bungkus mee (dibasuh n ditoskan...)

5 ulas bawang putih *

1/2 biji bawang besar *
( * ditumbuk...)

beberapa biji cili api ( klu nak pedas...)

4 ekor sotong ( dipotong bulat)

4 ketul fishcake

2 biji telur

1 cekak sawi ( ikut suke ye ....)

4 sudu makan  cili giling

3 sudu makan sos tomato

3 sudu makan sos cili

2 sudu makan kicap manis

Kicap masin secukupnya

1 cawan air

CARA MEMBUAT :

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 yang ditumbuksehingga naik bau.

2. Masukkan cili giling dan tumis sehingga naik minyak. Tambahkan sos tomato, sos cili, kicap manis dan kicap masin. Kacau rata dan biarkan sekejap sampai kelihatan garing sedikit...

3. Masukkan sotong. Kacau rata dan biarkan air sotong tu mengering sedikit. Kemudian tambahkan fishcake ke dalamnya. Kacau rata lagi....

4. Kalau ingin mi goreng yang basah sedikit...tambahkan air ke dalamnya dan pecahkan telur dan terus dikacau sebati kuahnya. Bila dah agak mendidih, masukkan mi dan sawi. Kacau rata dan sebati...Bila dah masak..angkat dan siap untuk dihidangkan....

ALHAMDULILLAH !!!!!

1 comment:

  1. sedapnya nak jamu sapa..anak2 ye..zatush sehat?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...