Daisypath Anniversary tickers 2

Daisypath Anniversary tickers

PENCINTA MAKANAN

Friday, March 2, 2012

Seumur Hidupku Kau Dalam Ingatan

Sempena pemergiannya setahun yang lalu iaitu hari Isnin 9 Rabiulakhir 1432H bersamaan 14 Mac 2011. Wad ICU HSNZ Kuala Terengganu menjadi saksi bagi peristiwa yang amat sukar untuk aku lupakan dalam sejarah hidupku. Tepat 12.30 tengahari suamiku menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapanku.

Sebak di dada mengundang dijiwa
Namun apakan daya
Ia ketentuan dari Maha Esa
Suratan Takdir setiap yang bernyawa
Pasti kembali menemui penciptanya.

Seumur hidupku akan abang diingati
Doa kupanjatkan tak henti-henti
Buatmu suami yang amat dikasihi
Pemergianmu ditangisi
Pengorbananmu disanjung tinggi
Tekad dan semangatmu kental tidak terperi
Sungguh dirimu cukup disayangi
Oleh insan apatah lagi ILAHI.

Pergilah kekasihku
Amanlah dikau disana
Doa kutitip berpanjangan
Semoga dikau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Ya Allah....
Suratan janjimu
Tidak sesaat
Tidak seminit
Walau terluang mahupun kesempitan
Detik menunggu
Saat maut datang mengundang.

Sungguh hebat pancaroba dunia
Lindungi daku
Kuatkan imanku
Agar sentiasa teguh kepadaMu
Dan akhir hayatku
dalam rahmatMu.....

Semoga Allah mengampunkan dan mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah.



5 comments:

  1. Amin..smga mereka semua bahagia di sisiNya kak....dan kita yang ditinggalkan selamat di dunia yang penuh ujian ini...al-Fatihah

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah...
    Mg roh arwah di tempat mereka yg beriman....amin...

    ReplyDelete
  3. Yg pergi tetap pergi.
    Kita yang masih di sini bakal menyusul nanti.

    ReplyDelete
  4. sayunya..alfatihah..moga Allah beri kekuatan pd puan dan ank2 mengharungi hidup ini..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...