Kek Batik Arora ni actually kek marble je cuma diberi nafas baru dari segi coraknya. Klu google Kek Batik Arora, banyakla sample2 kek marble yang cantik2 coraknya dan mengancam warnamya akan terpampang pada kebanyakan blog masakan. Jadi aku jg tak nak ketinggalan tuk mencubanye !
Menggagahkan diri bangun awal sikit tuk membaking. Senang buat waktu org tgh tido...tak der saper yg nak kaco. Klu tak, penat mulut ni membebel kat tentera2 kecik aku tuh ! Alih2 elok jer dorang dah bangun tido, kek pn dah siap. Hmmm...tak dan nak basuh muka, budak2 tu dah ngapp!
Dapat miss call dr kampung en arwah suami. Call balik, rupa2nya esok my FIL nak wat kenduri tahlil sempena pemergian suamiku yang hampir setahun. Dah nak setahun tapi sumenyer bagaikan smalam baru brlaku...makin lama dia meninggalkan aku makin menjadi2 terkenang kat dia. Siksaaaaaaa perasaaannn ! Nasib bek la family faham, klu datang time gila bayang...adik ngan mak layankan je lah prasaan aku. Dalam gila2 bayang tu, aku masih WARASS. Biaserlah graf kehidupan manusia tak mendatar jer...Kejap2 kang prasaan ni cam dilanda Tsunami...kejap2 lagi hujan plak turun...aduhaiii hati, tabahla dikau!
RESEPI KEK BATIK ARORA ( credit to ummizaihadi-homesweethome.blog)
Bahan-Bahan : (loyang bulat 8 inci)
250gm mentega
100gm gula kaster
1/2 cawan susu pekat manis
250gm tepung gandum
6 biji telur
2 sudu teh serbuk penaik
5 jenis pewarna dan perisa
1 sudu teh ovalette ( klu tak der tak per...)
Cara-Cara :
1. Gris dan alaskan loyang dengan baking sheet. Ketepikan.
2. Pukul mentega, gula dan ovalette sampai kembang memutih.
3. Masukkan susu pekat manis dan pukul sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi sampai sebati.
5. Sementara itu, ayak tepung bersama serbuk penaik dan masukkannya ke dalam
adunan. Tutup mixer dan kaup balik adunan sehingga rata.
6. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian dan warnakan serta perisakan ikut
kesukaan.
7. Tompok-tompokkan setiap warna secara selang seli dalam loyang sampai habis
atau ikut kreativiti masing-masing.
8. Bakar kek ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu pada suhu 160
darjah - 180 darjah celcius selama 45 minit - 1 jam.
5 Dalam 1 Perisa ! Ayoyo...jangan pening suda....
Selamat Menjamu Mata Kek Batik Arora Yang Harum Aromanya dan terserlah Auranya ! Buat jangan tengokk jer ye !

budak2 suka mkn kek warna warni ni..
ReplyDeletesuram-suram pun jadi juga sebiji kek..
kak...warna2nya pun dah rasa nak terkam...hehe.
ReplyDeleteminggu lepas baru je wt kek nie....sedap!....len kali nk wt lg...
ReplyDelete