Syukur sebab masih lagi dapat menyedut oksigen yang free, suatu nikmat yang paling besar dariNya. Insya Allah esok masih ada, tapi belum tentu kita masih ada pada hari esok. Bila ingat MATI, memanglah yang sering kita takuti ialah akan kecukupan bekalan yang kita ingin bawa ke sana. Tapi perlu juga diingat akan apa yang kita akan tinggalkan di dunia ini supaya ia tidak menjadi perkara yang malang bagi orang yang ditinggalkan dan juga yang meninggalkan. Aku bersyukur ABANG pergi dengan tidak membiarkan aku anak beranak kesusahan malah lebih dari cukup. Ini semua hasil perjuangan kami membina kehidupan bersama tanpa mengira saat susah dan senang. Kami memang bukan pasangan yang ideal tapi kami hidup lengkap melengkapi antara satu sama lain.
| Gambar yg aku snap pg tadi....segar je bila tgk pokok2 bunga yang ada kat laman umah |
Kesedaran ini sentiasa alert dalam diri ini lebih2 lg semenjak pemergiannya. Aku harus belajar bagaimana untuk menggunakan rezki yang Allah beri dan juga bagaimana untuk menyimpannya sebagaimana aku merancang untuk mencari rezki atau pun harta. Begitu jugalah dengan pusaka. Ada beberapa perkara yang perlu kita semak untuk memudahkan merancang pusaka. Antaranya :
1. Situasi KEWANGAN
@ Adakah hutang kita melebihi nilai harta kita ?
@ Adakah harta yang kita ada sekarang ini atas nama kita atau atas nama orang lain ?
@ Adakah hutang yang kita tanggung sekarang ini atas nama kita atau atas nama orang lain?
@ Adakah aset alih kita lebih banyak daripada aset tak alih atau pun sebaliknya?
@ Adakah harta yang sedang kita miliki sekarang ini merupakan amanah orang lain ?
2. Situasi DIRI dan AHLI KELUARGA
@ Adakah kita sebatang kara ? (Tiada ibu bapa, tiada adik beradik, tidak berkahwin)
@ Adakah kita mempunyai anak yang ramai (lelaki dan perempuan) ?
@ Adakah kita hanya mempunyai anak perempuan dan tidak mempunyai anak lelaki? Sedangkan pada masa yang sama hubungan kita adik beradik lelaki tidak berapa baik ?
@ Adakah kita tidak mempunyai anak kandung, dan mengambil anak angkat yang kita pelihara sejak kecil ?
@ Adakah kita berpoligami ?
Berdasarkan pada pengalaman, seharusnya semasa hidup inilah kita sedaya upaya mencari jalan untuk selesaikan hutang2 yang ada. Sekarang ni aku suka buat nota kecil untuk senaraikan bentuk hutang2 yang aku ada. Just in case klu lah aku pergi tanpa pesan, somebody bleh tolong uruskan apa2 yang belum sempat aku langsaikan berdasarkan pada nota kecil tu. Tak cukup dengan senarai saje tapi mesti la dah prepare dgn dokumen2nyer sekali supayaa tak menyusahkan orang untuk menguruskannya.
Secara umumnya, bentuk hutang2 tu mungkin :
@ Pembiayaan perumahan
@ Pembiayaan peribadi
@ Pembiayaan kenderaan
@ Kad kredit
@ Pinjaman pelajaran
@ Hutang dengan individu
Then, kita tengok ler status hutang2 tersebut whether covered by MRTA (Insurans Gadai Janji) or not. Yang ada MRTA means bila kita meninggal, pihak insurans akan melunaskan baki hutang kita. Yang biasanya hutang yang ada MRTA ialah hutang pembiayaan perumahan, hutang pembiayaan peribadi dan certain2 hutang pinjaman pelajaran.
Lebih kurang mcm tu la serba sedikit nak rancang pusaka. Kita mmg hanya boleh rancang sahaje sbbnye yang uruskan nanti waris2 yang ditinggalkan. Huhu...Apapun yang paling penting anak2 yang soleh dan solehah itulah harta yang paling bermanfaat sebagai pencen kubur kita di sana.

0 comments:
Post a Comment