Daisypath Anniversary tickers 2

Daisypath Anniversary tickers

PENCINTA MAKANAN

Friday, May 25, 2012

Pabila Anak2 Berkarya ...

                 Anak2 apabila mereka menulis atau melukis tidak pernah akan menipu. Apa yang ditulis atau diluahkan adalah lahir dari hati mereka yg sangat dalam. Begitu tuluskan...Cer tengok HASIL 1 :

                 Kad Sempena HARI BAPA yang bakal tiba ...dihasilkan oleh Izzah sewaktu P&P Pendidikan Seni pada hari terakhirnya di SK SEAFIELD 3 hari ni. Izzah tak sabar2 meminta daku membaca isi di dalamnya...serius tersentuh hati seorang ummi. Daku tak dapat nak sorokkan perasaan sampai merah2 hidung tapi air mata tu lom sempat menitis aku dah cepat2 kesat. Apa tidaknya bila membaca luahan hati darinya : " Selamat Hari Bapa. Semoga kubur ayahku sentiasa aman dan terang. Serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Di sini anakmu sentiasa mendoakanmu. Semoga lapangan kubur ayahku sentiasa luas. "

WAN U SAY U LOVE ME TOO ...HUHU
                    HASIL KE-2 :
                   Dengan segala hormatnya mempersembahkan lukisan si Ainin berusia 5 thn. Nak tergelak pun ada ...Cer tengok....


Mengikut kata si Ainin..." ni adalah gamba kg abah. Kg abah sebelahnya ada surau dan kat depan ada kedai. Tangga kat dlm rumah tu utk pergi ke ruangan atas- tempat slalu kami lepak dan tido. Ada 4 org lidi tu maksudnya dorang adik beradik la...."

" Jomla blik kg abah...rindu kat abah...abah ada kat sana ke ummi?"
"Tak der dah...abah dah hancur bersama2 ngan tanah sayang..."
"Abis tu nape ummi suruh doakan utk abah...mane dah abah bleh dengar...?"
Akhirnya ummi speechless....

Cermin Mata Transition ...Sudah Lama Ku Rabun

                 Sejarahku bercermin mata ....dah mula terasa rabun sejak form 5. Kini hampir 16 tahun hidup bercermin mata ...klu dikumpulkan dah banyak koleksi cermin mataku ! Sebelum kawen, cermin mata yang dipakai bolehla bertahan lama...tukar sebab itu pun dah boring gunakn design yg lama. Tapi bila dah ada anak2 ni ...cermin mataku pecahla...patahla...akibat tangan2 si kecik nak turut melaram dengan cermin mata umminyer. Akhirnya kerap juga bertukar spek...

                 Masa tonton rancangan Ustazah Pilihan dulu, berminat tengok promo tentang pembedahan LASIK. Dalam hati berbunga-bunga la sbb adelah  juga peluang sebenarnya hidup bebas tanpa spek untuk melihat. Emm...sometimes terasa mcm letih nak pakai spek. Hanya waktu solat n tido saje dapat ku tinggalkan spek mata sementara waktu .

(Kaedah tanpa pisau Visumax femtosecond laser kanta lekap menyentuh mata pesakit hanya 30 saat. Memang tidak menyakitkan. Lasik hanya untuk mata yg sihat. Umur 18 tahun hingga 67 tahun s...esuai jika mata sihat. Mata malas tidak sesuai. Pesakit kencing manis atau darah tinggi kalau retina sihat boleh buat lasik.

Ini hanya utk mereka yg rabun jauh atau silau atau rabun jauh dan dekat bila umur lebih 40 tahun. Power paling tinggi 1400 dan paling rendah 75 telah dirawat. Rabun silau hingga 500 telah dilakukan.

Wanita mengandung dan menyusu sebelum 6 bulan tidak sesuai.
Sumber dari fb Prof Dr Muhaya

NAMPAK CAM CERMIN MATA YG BIASER TU....
                 Namun belum mampu lagi untuk buat pembedahan lasik yang diidam2kan ini. Insya Allah ade rezki akan ku tunaikan juga hasrat hatiku ni ! So yang terbaru aku pakai cermin mata dengan kanta transition. ISTIMEWANYA kanta ini  akan bertukar menjadi gelap apabila berada di bawah sinaran cahaya matahari. Kebaikan menggunakan kanta ini adalah dapat menghalang UV rays daripada merosakkan mata & untuk orang rabun macam aku, tak perlulah lagi bawak sunglasses ke mana-mana... Tapi kanta ni x jadi gelap kalau duduk dalam kereta yang ada tinted sebab tinted kereta tu dah halang UV rays...

OK...BERTUKAR GELAP DI BAWAH SINARAN CAHAYA SANG SURIA

                Dari segi harga bleh tahan jugak la ....spent around RM 900+++. Kanta transition jer dah RM500...tapi untuk keselesaan MATAku , anugerah yg sgt2 berharga ni kuRELA kan jua...:-). Janji puas hati !!

               P/S : Tak pernah berhajat nak pakai contact lens ...taaak minat sbbnyer PENAKOT nak masukkan benda alah tu ke dlm mata !

Wednesday, May 23, 2012

Urusan Pertukaran Sekolah

AS U TAKE ANOTHER BREATH, 
SOMEONE TAKES THEIR LAST !
STOP COMPLAINING, APPRECIATE LIFE...
SYUKUR ALHAMDULILLAH !!

                 Insya Allah hari ni ummi akan uruskan pertukaran sekolah bukan utk diri sendiri tapi utk anakanda Izzah ...So sebelum tu JANGAN LUPA bawa dokumen2 yg berkaitan . Pergi sekolah nnti utk isi borang permohonan pertukaran sekolah . Selepas diproses permohonan, pihak sekolah akan keluarkan satu lagi form yg telah lengkap diisi  untk dihantar ke PPD pula... Harap2 urusan di PPD Klang nnti akan dipermudahkan...Rase2nye boleh siap cepat tak....?
          
                 Senarai dokumen yg perlu dibawa :
                 1. 2 salinan surat beranak
                 2. 2 salinan I/C ibubapa / penjaga
                 3. 2 salinan surat nikah
                 4. 2 salinan sijil kematian
                 5. Bil air / api / cukai pintu ( sah alamat terkini )

MEMORI @----HARI SUKAN TAHUNAN YG LEPAS

SAYA TAK KUAT LARII...SO SENAM AEROBIK PON OK GAK...

KENANGAN @@@ HARI ANUGERAH CEMERLANG THN LPS...

               Ok Izzah, enjoy saat2 manis bersama teman2 tersayang kat skolah tu...tinggal beberapa hari sajer. Jangan sedey2 tau... yang patah kan tumbuh...yang hilang kan berganti. But only in certain2 situation jer ye ...Pesan ummi jgn lupa ucap trima kasih pd cikgu2 yang telah mendidik Izzah selama ini - stahun setengah belajar  di SK SEAFIELD USJ 8. Smoga Izzah dapat mencipta kejayaan di skolah yang lain pula ...Insya Allah. ABANG ...doa ummi dan Izzah sentiasa ada untukmu !

Monday, May 21, 2012

Bersantai dengan BUKU - Cinta Kerana Allah

                    Sambil menyelam minum air...sambil window shopping nak cari spek baru sambil tu sempat menyinggah kedai buku. Hajat di hati nak belikan storybook tuk izzah SAHAJE almaklum lah dah habis exam ni blehlah izzah spent her free time dengan membaca. Tapi sbb tak tahan godaan dengan limpahan koleksi buku2 motivasi kat kedai buku tu, saya pun niat nak membeli satu !  Malas nak tercari2 buku yang diingini lantaran mengejar masa ditambahkan lagi dengan karenah anak2 yang masa tu semuanya duduk dalam troly. Saya meluru jer meminta tokey kedai buku tu carikan saya buku tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Dengan senang hatinya dia menunjukkan buku2 tersebut yang terkini dan terhangat di pasaran. Rambang mata dibuatnya sbb saya nak beli satu jer ...

                    Penulisannya dah lama saya minat tapi br semalam sajer saya dapat beli buku yang ditulis oleh beliau. Dengan RM30 buku yang bertajuk CINTA KERANA ALLAH itu sudah pun saya miliki. Tentang apa ye ?? Dari tajuk pun sudah boleh tekakan apa gerangan isi kandungannya ... menceritakan  bagaimana cinta dalam sesebuah rumah tangga itu sebenarnya bermula atas dasar rasa cinta kepada ALLAH. Emmm ...mungkin la sudah agak terlewat untuk saya membaca buku2 seperti ini tapi sepertinya setiap kali membaca karya beliau khususnya soal cinta pasti ada MAKNA yang begitu mendalam yang terkesan dalam jiwa saya.  So tiada alasan untuk saya tidak mebelinya !!


                   Pembacaanku hampir separuh perjalanan.. jika tiada gangguan esok lusa bolehlah abis. Saya ingin kongsikan beberapa subtopik yang menatrik untuk dijadikan teladan buat kita semua. Jika berminat nak tahu, teruskan pembacaan anda ...saya sekadar ingin berkongsi kerana itulah yang saya rasai ...

Hidup terlalu singkat. Hidup Hanya Sekali.
Yang pergi tak akan kembali, Yang hilang, mungkin tumbuh lagi,
Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula.
Adakah ibu bapa yang hilang akan berganti?
Adakah anak, isteri, suami yang pergi, akan pulang semula ?

                  Hargailah semuanya selama segalanya masih ada. Hargailah kehidupan dengan sayang dan cinta.    - Pahrol Mohamad Juoi.

                  Dan ada seperkara lagi yang menarik perhatian saya. Izinkan saya untuk berkongsi lagi... " Aneh, kita sukar memaafkan orang yang masih hidup. Lebih mudah memaafkan orang yang telah mati. Sedangkan kemaafan itu penting untuk orang yang masih hidup, bukan untuk orang yang telah mati. Bayangkan, isteri atau suami kita tiba2 sahaja meninggal dunia dan kita tidak sempat memaafkannya. "

Adakah hati kita menjadi tenang ketika ditinggalkan 
oleh si dia buat selama-lamanya ? Sedangkan masih
ada yang tidak selesai antara hati kita berdua ?  
- Pahrol Mohamad Juoi

                   Mengandungi 40 tajuk kesemuanya yang bertemakan cinta ! Sasaran pembaca buat para pencinta...Apa yang indah dalam buku ini ialah gaya bahasa dan kata-kata yang digunakan....Cukuplah sekadar melihat tajuk2 yang dipersembahkan umpamanya Mencari Cinta di Kesesakan jalan Raya, Oksigen Cinta, Hidup berdua Mati Bersama, Kerana Kerja Terabai Cinta dan Bina Syurga di Sini Demi Syurga di Sana.

                   Insya Allah selepas saje selesai pembacaan buku ni akan saya cari pula  Buku yang berjudul BEDUK DIKETUK. Tunggu saje aper critanya ....Trima kasih daun keladi pada tokey kedai ( kedai kecik jer ...) yang telah menyedekahkan 50 sen pada saya. Agaknya dia kesian tgok saya yg terkial-kial mncari syiling dalam dompet.  Mudah2an dimurahkan rezkinya dalam perniagaan menjual buku2 dan majalah bercorak keagamaan.

Saturday, May 19, 2012

SeTeguh CINTA Ummu Darda ...Ku harap cintaku pun begitu jua !


KISAH UMMU DARDA'

Ummu Darda', nama asalnya ialah Hujaimah al-Himyariah. Beliau ialah isteri Abu Darda', seorang sahabat rasulullah saw yang hidup di Syam. Ummu Darda' dan Abu Darda' adalah pasangan bahagia.

Suatu hari, Ummu Darda' berdoa di hadapan suaminya, "Ya ALLAH, sesungguhnya Abu Darda' meminangku di dunia, lalu aku menikahinya. Maka sekarang aku meminangnya kepadaMU untuk menjadi suamiku di syurga."

Mendengar ucapan ini, Abu al-Darda' berkata, "Jika engkau ingin menjadi isteriku di syurga, janganlah menikah lagi setelah aku meninggal dunia."

Ummu al-Darda' seorang wanita yang cantik dan cerdas. Maka setelah Abu Darda' wafat, Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan datang untuk meminangnya. Namun, isteri yang setia dengan cinta pertamanya ini menolak pinangan tersebut.

Kisah Ummu al-Darda' mengingatkan kita bahawa cinta yang terjalin kerana ALLAH dan mengharapkan redha Ilahi tidak akan berakhir dengan kematian. Akan tetapi, akan terus menyala dan hidup kekal di dalam syurga abadi.

sumber asal : Majalah Solusi isu 24 - karya Umar M Noor.

SUBHANALLAH...
BEGITU ROMANTIKNYA CINTA MEREKA 
MOGA ABANG BAHAGIA DI SISINYA
SEMENTARA MENANTIKU TIBA ...
SEMOGA ALLAH SATUKAN HATI
KAMI BERDUA DI SYURGA .
AMINN....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...